Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat kesukaran bernafas apabila mukanya tersembam ke bantal ketika tidur di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini.
Kejadian disedari ibunya, Melati Mohammad @ Ahmad, 32, yang baru pulang dari kerja di kilang kira kira jam 7.30 pagi Rabu.
Menurut Melati, anak bongsunya itu, Faris Rayyan Qhumainy, berada di rumah bersama suaminya, Faizul Firdaus.
Dia yang baru pulang dari kerja terkejut apabila melihat Faris tertiarap dengan mukanya tersembam ke bantal di dalam buaian dan sudah tidak sedarkan diri serta pucat.
Dia dan suami kemudiannya membawa bayi itu ke Hospital Balik Pulau.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan Faris Rayyan Qhumainy sudah meninggal dunia.
Melati yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata, anaknya berkemungkinan meniarap di dalam buaian dan tersembam, menyebabkannya sukar bernafas.
Katanya, bayi itu baru pandai meniarap beberapa hari lalu.
Menurutnya, jenazah anak bongsunya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat selesai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit.
Astro Awani
Wed Aug 02 2017

Menurut ibunya, bayi malang itu baru pandai meniarap beberapa hari lalu. - Foto Astro AWANI

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Banjir: Terengganu pulih, jumlah mangsa meningkat di Kelantan
Tiga mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS SK Atas Tol dibenarkan pulang ke kediaman mereka selepas banjir surut.

'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.

UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
AWANI Pagi: Kekang stigma terhadap kanser prostat
AWANI Pagi bersama bekas pesakit kanser prostat,Tan Sri Nazir Razak dan Pakar Urologi dan Profesor Madya Klinikal, Hospital Gleneagles , Dr George Lee membincangkan mengenai bagaimana menakluki stigma penyakit ini serta apa peranan golongan lelaki dalam mengekang stigma terhadap kanser prostat.
#AWANInews
#AWANInews

Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.

121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.

Budak lelaki 18 bulan korban pertama banjir di Kelantan
Seorang budak lelaki berusia 18 bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan kali ini apabila ditemukan lemas di sungai berhampiran rumahnya dekat Kampung Kenari.

Separuh kemudahan Hospital Al Shifa dipindahkan
Tentera Israel memberitahu pegawai hospital mereka mempunyai masa kira-kira dua jam untuk mengosongkan hospital pada Sabtu.

Qaseh Aulia disahkan meninggal dunia kerana sesak nafas - Ibu
Punca kematian itu dinyatakan dalam laporan hasil bedah siasat yang diperoleh daripada pakar perubatan forensik PPUM pada Jumaat.

Bayi 58 hari maut kerana jangkitan paru-paru
Hasil bedah siasat yang dilakukan selama lima jam itu mendapati kematian mangsa tidak melibatkan isu penderaan atau pengabaian.

Bayi maut dalam kereta, polis buka kertas siasatan
PDRM bagaimanapun, akan memberi ruang kepada ibu bapa mangsa untuk mengambil masa sebelum merakamkan keterangan mereka.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.

Bayi lahir 2023 hidup sehingga 74.8 tahun - DOSM
Seorang bayi yang lahir pada 2023 secara purata dijangka hidup sehingga 74.8 tahun, menurut Jadual Hayat Ringkas, Malaysia, 2021-2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Batuk Kokol: "Jangan cium bayi, elakkan jangkitan kepada si kecil" - Pakar Kesihatan Awam
Orang ramai tidak boleh mencium bayi bagi mengelakkan wabak batuk kokol menjangkiti si kecil.

Angka kematian akibat letupan di Republik Dominika meningkat kepada 27
Perkhidmatan kesihatan negara sebelum ini memaklumkan antara mangsa yang maut termasuk bayi berusia empat bulan.

Wanita dan bayi lemas, 30 lain masih hilang bot pelarian karam
Kedua-dua bot berkenaan dipercayai berlepas dari bandar Sfax di Tunisia dan masing-masing membawa 48 dan 42 penumpang.