awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan ditemukan di hadapan tandas rumah kampung di Sungai Dua

Bernama
Bernama
15/11/2025
01:49 MYT
Bayi perempuan ditemukan di hadapan tandas rumah kampung di Sungai Dua
Bayi yang ditemui itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan berada dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada JKM untuk tindakan susulan. - Foto IPD Seberang Perai Utara
BUTTERWORTH: Polis meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung penemuan bayi perempuan di hadapan tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, di sini pada awal pagi Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata bayi berkenaan yang masih dalam keadaan bertali pusat ditemukan orang awam sebelum melaporkannya kepada polis pada 6.28 pagi.
"Hasil maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup serta cukup sifat," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan berada dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Irwan Shah Sumadi melalui talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buang bayi
#IPD Seberang Perai Utara
#Sungai Dua
#bayi ditemui di hadapan tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan