awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi perempuan maut tertinggal dalam kereta

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2023
08:29 MYT
Bayi perempuan maut tertinggal dalam kereta
Polis menerima laporan kejadian itu pada 4.30 petang selepas bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA NERUS: Seorang bayi perempuan berusia setahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abd Rahim Md Din, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.30 petang selepas bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan.
"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi. Punca kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abd Rahim berkata, siasatan awal mendapati, bapa bayi terbabit dipercayai terlupa menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi.
Beliau berkata, kertas kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau dalam pada itu, menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.
Topic Berkaitan
#bayi maut
#tertinggal dalam kereta
#ipta
#Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan