awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh

Bernama
Bernama
09/01/2019
15:43 MYT
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Bapa mangsa mendakwa bayi itu berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuh pagi Selasa. - Gambar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala dipercayai ketika dijaga pengasuh di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini.
Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari Selasa, ibu mangsa yang ke rumah pengasuh untuk melihat anaknya selepas menerima panggilan, mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dengan tubuhnya kelihatan pucat serta terdapat kesan lebam pada bawah mata kanan selain hidung berdarah.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Noor Azmi Yusoff berkata wanita itu kemudian menghubungi suaminya sebelum membawa bayi berkenaan ke klinik swasta di Taman Melati.
"Bagaimanapun, doktor mengarahkan mereka supaya membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak HKL," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata bapa mangsa mendakwa bayi itu berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuh pagi Selasa.
"Bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian adalah akibat kecederaan dan pendarahan dalaman pada bahagian kepala," kata Noor Azm.
Menurutnya, pihaknya masih menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#dera
#HKL
#jenayah
#PDRM
#pengasuh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan