awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Aidilfitri dibenar beroperasi hingga 2 pagi mulai hari ini - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
24/04/2021
01:35 MYT
Bazar Aidilfitri dibenar beroperasi hingga 2 pagi mulai hari ini - Ismail Sabri
Pengunjung memakai pelitup muka ketika mengunjungi Bazar Aidilfitri di Kompleks PKNS, Shah Alam. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenar beroperasi hingga pukul 2 pagi berbanding 12 tengah malam sebelum ini, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lanjutan tempoh operasi itu dibenarkan selepas mendengar rayuan daripada penjaja bazar.
"Kita dimaklumkan pengunjung mula keluar selepas solat isyak dan tarawih dan bila kita benarkan mereka beroperasi setakat pukul 12 tengah malam waktu berniaga terlalu pendek," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.
Mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidilfitri, Ismail Sabri berkata ia sedang diperhalusi dan akan diumumkan minggu hadapan setelah mendengar pembentangan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan SOP perayaan itu termasuk solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur dan takbir raya dari rumah ke rumah.
Mengenai sesi persekolahan, beliau berkata sebarang keputusan perlu melalui Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum sebarang tindakan termasuk penutupan sementara sekolah dibuat.
"Saya berharap kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan sendiri berhubung penutupan atau pembukaan sekolah kerana ia berada di bawah bidang kuasa KPM, walaupun kita faham (terdapat) kebimbangan daripada ibu bapa.
"Keputusan sekolah ditutup atau buka adalah keputusan KPM setelah berbincang dengan KKM. KKM akan memberi pandangan kepada KPM berdasarkan penilaian risiko," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bazar aidilfitri
#PKPP
#PKPB
#kesihatan
#pendidikan
#operasi
#sekolah
#kerajaan
#SOP
#KKM
#lanjutan tempoh operasi
#ismail sabri yaakob
#rayuan
#solat sunat
#tutup
#JAKIM
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan