awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Ramadan konsep tradisional, ala Jalan TAR di Ipoh tahun ini - Datuk Bandar

Aida Aziz
Aida Aziz
02/03/2023
23:30 MYT
Bazar Ramadan konsep tradisional, ala Jalan TAR di Ipoh tahun ini - Datuk Bandar
Rumaizi bercakap kepada wakil media selepas merasmikan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang MBI di Ipoh, semalam. - Foto Astro AWANI
IPOH: Bazar berkonsep Menu Rahmah dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang julung-julung kali diperkenalkan, dijangka memeriahkan suasana bulan Ramadan di bandar raya Ipoh tahun ini.
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, selain bazar Ramadan tradisional yang sinonim dengan pengunjung sebelum ini, pengenalan konsep baharu itu turut memberi harga terbaik kepada orang ramai.
"Insya-Allah kita akan ada dua, tiga (konsep) bazar Ramadan yang dibuat selain yang dianjurkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) termasuk persatuan dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
"Konsep (bazar Ramadan) akan ada pelbagai, PKNP ada konsep komersial, di People's Park mungkin ada konsep Menu Rahmah dan MBI kekal dengan konsep tradisional.
"Konsep seakan-akan Jalan TAR itu di bawah PKNP tetapi kita yang keluarkan lesen, konsep baharu yang kita perkenalkan ini adalah untuk bazar Ramadan dan kalau boleh sekali gus dengan bazar Aidilfitri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang MBI di sini, pada Khamis.
MBI akan melihat maklum balas dan penerimaan orang ramai sebelum memperluaskan Bazar Ramadan berkonsepkan Menu Rahmah dan Jalan TAR ke kawasan lain pada tahun-tahun akan datang. - Foto media sosial
MBI akan melihat maklum balas dan penerimaan orang ramai sebelum memperluaskan Bazar Ramadan berkonsepkan Menu Rahmah dan Jalan TAR ke kawasan lain pada tahun-tahun akan datang. - Foto media sosial
Mengulas lanjut mengenai kepelbagaian konsep bazar tahun ini, Rumaizi berkata beliau akan melihat maklum balas dan penerimaan orang ramai sebelum ia diperluas di kawasan lain untuk tahun mendatang.
"Konsep bazar Ramadan Menu Rahmah dan Jalan TAR ini merupakan yang pertama kali, jadi kita lihat dulu penerimaan rakyat Ipoh.
"Apa yang penting ialah peniaga bazar tersebut akan jual barangan yang lebih murah daripada harga pasaran, rakyat akan dapat barang yang berkualiti tetapi harga murah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bazar jalan TAR
#Menu Rahmah
#bazar Ramadan di Ipoh
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan