awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Ramadan: MBI galak pengunjung bawa bekas sendiri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/03/2022
04:28 MYT
Bazar Ramadan: MBI galak pengunjung bawa bekas sendiri
MBI juga bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti penghantar makanan dan bank untuk memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di kebanyakan tapak Bazar Ramadan. - Gambar fail
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menggalakkan pengunjung bazar Ramadan membawa bekas sendiri untuk membungkus makanan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, mereka boleh membawa bekas seperti mangkuk tingkat atau beg kitar semula semasa membeli juadah berbuka puasa.
Menurutnya, budaya ini akan membantu MBI dalam kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di samping mengurangkan penggunaan beg plastik dan sisa.
Dalam masa sama, katanya, MBI juga bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti penghantar makanan dan bank untuk memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di kebanyakan tapak Bazar Ramadan.
“Ini adalah sejajar dengan Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2030,” katanya ketika berucap pada mesyuarat penuh MBI di sini, hari ini.
Menurut Rumaizi, tahun ini, pihak MBI menyediakan 25 lokasi tapak bazar yang melibatkan 1,250 lot niaga bagi memberi peluang warga Ipoh mencari pendapatan.
Katanya, setakat ini, sebanyak 17 lokasi telahpun selesai menjalankan proses pengundian dan pemilihan peniaga.
“Seperti tahun-tahun yang lalu, penganjuran Bazar Ramadan telah diserahkan sepenuhnya kepada penganjur yang dilantik oleh Majlis berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan,” ujarnya.
Beliau berkata, walaupun mulai 1 April ini, negara akan beralih ke fasa endemik, namun MBI akan tetap memantau prosedur operasi standard (SOP) yangditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di semua lokasi Bazar Ramadan.
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#bekas makanan
#kitar semula
#persekitaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan