awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Ramadan: Pasukan khas ditubuh pantau keadaan bazar di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/04/2021
03:37 MYT
Bazar Ramadan: Pasukan khas ditubuh pantau keadaan bazar di Kelantan
Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa juga dilakukan bagi mengawal pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pelanggan. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Rata-rata peniaga dan penjaja menjana pendapatan dengan menjual juadah berbuka puasa di tepi jalan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, penjaja jalanan mematuhi SOP termasuklah memakai pelitup muka dan menyediakan pengimbas Kod QR MySejahtera.
Katanya, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa juga dilakukan bagi mengawal pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pelanggan.
"Kita telah menubuhkan beberapa pasukan untuk penguatkuasaan sepanjang masa yang terdiri daripada Team Peronda MPV, Team JSJ dan Team Trafik untuk melaksanakan rondaan sepanjang masa dalam tempoh bulan Ramadan.
"Ini bagi memastikan pematuhan SOP dilaksanakan seboleh-bolehnya sehingga tahap 100 peratus," beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pematuhan SOP penjaja ketika bulan Ramadan di Bandar Utama, Gua Musang.
Sebelum ini, bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri Kelantan telah dibatalkan susulan peningkatan berterusan kes jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#peniaga
#penjaja
#Gua Musang
#Sik Choon Foo
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan