PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara ini supaya membebaskan diri daripada dijajah atau dipengaruhi oleh perbuatan tidak bermoral dan mengelak daripada mencetuskan perbalahan khususnya di media sosial.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Hijrah Merdeka 2022 di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini malam ini, Idris berkata rakyat negara ini sepatutnya memanfaatkan media sosial untuk pembangunan bangsa, ekonomi, pendidikan dan sosial.
"Kita kena ingat komen berbaur fitnah di media sosial adalah lebih dahsyat daripada fitnah secara lisan.
"Di media sosial ada berjuta orang akses. Apa yang kita tulis tidak akan terpadam dengan sendirinya. Adakah kita sanggup untuk bertemu orang yang kita fitnah di akhirat kelak," katanya.
Idris turut menasihatkan pengguna media sosial untuk bersikap matang dan tidak memuat naik kandungan yang boleh mengaibkan individu lain atau mengundang perpecahan di media sosial.
Hari Kebangsaan 2022: Kandungan eksklusif Astro AWANI di sini
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tausiyah (nasihat) Hijrah Merdeka yang disampaikannya pada program berkenaan.
Program sempena Hari Kebangsaan 2022 itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum forum, solat Isyak berjemaah dan penyampaian tausiyah (nasihat) Hijrah Merdeka oleh Idris, yang dihadiri hampir 3,000 jemaah.
Dalam perkembangan lain, Idris yang juga Naib Presiden PAS mahu semua perwakilan Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 berbahas dengan baik berlandaskan fakta bagi menterjemahkan kematangan parti itu yang kini berusia 70 tahun.
"Agenda tertumpu kepada soal perpaduan serta PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) berlandaskan penyatuan ummah. Berbahaslah secara matang," katanya.
Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 pada 3 dan 4 Sept ini akan diadakan di di Kompleks Pas Kedah, dengan 1,300 perwakilan dijangka menyertai muktamar tahunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
IDRIS: Kita kena ingat komen berbaur fitnah di media sosial adalah lebih dahsyat daripada fitnah secara lisan. - Foto BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.