GEORGE TOWN: Beberapa jalan di kawasan Padang Kota, di sini akan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas berikutan penganjuran sambutan Festival Bon Odori 2022 peringkat Pulau Pinang, esok.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata penutupan Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Light itu akan bermula pada 4 petang hingga 12 tengah malam.
"Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seramai 50,000 pengunjung dijangka menghadiri festival tersebut secara berperingkat.
Katanya pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga telah menyediakan beberapa tempat letak kenderaan di sekitar kawasan sambutan bagi memudahkan pengunjung.
Soffian berkata antara lokasi tempat letak kenderaan awam dan persendirian itu ialah parkir bertingkat Lebuh Union, parkir bertingkat Lebuh Pantai, Lebuh King, Lebuh Penang, Lebuh Downing dan Pesara King Edward.
Menurutnya anggota trafik akan ditempatkan di beberapa lokasi bagi melancarkan lalu lintas manakala orang ramai juga diminta memberi kerjasama kepada petugas demi kelancaran aliran trafik di bandar raya ini.
Sambutan Festival Bon Odori adalah bagi meraikan hubungan antara Jepun dan Malaysia yang terjalin sejak sekian lama dan ia dianjurkan di Pulau Pinang bagi memupuk semangat kekeluargaan selain merangsang ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata penutupan Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Light itu akan bermula pada 4 petang hingga 12 tengah malam. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 September 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Maritim Selangor gagalkan cubaan seludup keluar pendatang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pendatang di sekitar perairan Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat awal pagi tadi.
Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik
Liek Hou mempunyai satu lagi perancangan untuk membelanjakan insentif kemenangan RM1 juta daripada SHAKAM yang bakal diterimanya susulan kejayaan meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tumpuan Khamis 12 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi 1MDB sebelum 2014 - Mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi yang didakwa salah antara 2009 dan 2014.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.
Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
PRN: Ketua Menteri P.Pinang pertahan kerusi Padang Kota
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Beberapa jalan di Padang Kota ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Padang Kota akan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas berikutan penganjuran sambutan Festival Bon Odori 2022 peringkat Pulau Pinang, esok.
Dua meriam abad ke-18 ditemukan di Padang Kota
Meriam yang berukuran 3.06 meter dengan berat dianggarkan 3 tan setiap satu dipercayai jenis Bloomfield ditemui ketika kerja-kerja mengorek tanah.