Beberapa kawasan di bandar raya Ipoh dilanda hujan air batu yang turun bersama hujan lebat dan ribut.
Hujan air batu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di sekitar Manjoi dan Jelapang itu mengejutkan banyak pihak kerana ia jarang berlaku.
Beberapa penduduk, termasuk di Taman Idris berkata, mereka terkejut kerana bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang.
Berdasarkan rakaman visual yang diperolehi daripada media sosial, seorang penduduk dipercayai di Manjoi melaungkan azan ketika berlaku hujan air batu itu.
Kejadian itu hanya berlaku kira-kira 15 minit dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan lain.
Fenomena alam yang jarang berlaku itu turut menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi gambar di media sosial.
Lazimnya, fenomena hujan air batu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan, seterusnya ais yang terbentuk itu gagal cair sebelum ia mencecah bumi.
Abd Razak Mohd Ali
Wed May 20 2020
Orang ramai yang menyaksikan fenomena berkenaan memuat naik pengalaman mereka ke media sosial.
AWANI Ringkas: MAHA 2024 sudah dikunjungi setengah juta orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Hari Malaysia 16 September 1963 | Kronologi Penubuhan Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan Hari Malaysia 16 September 1963 dan Kronologi Penubuhan Malaysia.
Polis sahkan cubaan culik murid sekolah di Bukit Beruntung
Cubaan suspek gagal apabila kanak-kanak itu berjaya melarikan diri ke kedai berhampiran dan menjerit meminta tolong.
Pameran yang menjanjikan pelbagai tarikan dan kelainan
Program Pertanian Hortikultur Dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang memasuki hari ke-5 selepas membuka tirainya pada 11 September dan akan berlangsung sehingga 22 September.
Seperti kebiasaan, tentunya MAHA 2024 menyaksikan pelbagai pameran dan gerai jualan berkaitan produk pertanian yang menjadi tumpuan warga Lembah Klang dan pengunjung dari negeri lain.
Seperti kebiasaan, tentunya MAHA 2024 menyaksikan pelbagai pameran dan gerai jualan berkaitan produk pertanian yang menjadi tumpuan warga Lembah Klang dan pengunjung dari negeri lain.
Nasi Lemak, Teh Tarik jadi pilihan sarapan Malaysia
Tinjauan terbaharu oleh Kajidata Sdn Bhd mengenai pilihan sarapan rakyat Malaysia, mendedahkan, daripada 1,113 responden, 19 peratus memulakan hari mereka dengan Nasi Lemak, manakala 36 peratus memilih Teh Tarik atau Teh O.
Sambutan Hari Malaysia 2024 esok saji persembahan menarik
Sambutan Hari Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di sini, esok, cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
Yusof berkata dia sentiasa menghormati pilihan yang dibuat oleh anak sulungnya itu dan tidak pernah berharap agar Syamsul berpisah dengan Ira.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Spotify tawar ciri kawal akaun kanak-kanak untuk penjaga
Ibu bapa dan penjaga boleh mengawal lagu serta video yang boleh distrim serta paparan grafik Canvas apabila lagu dimainkan.
Beberapa kawasan di Ipoh dikejutkan dengan hujan air batu
Penduduk terkejut kerana bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang.
Hujan ais buat penduduk Kuala Lipis gempar seketika
Penduduk di sekitar bandar Kuala Lipis di sini, gempar apabila hujan air batu melanda kawasan itu kira-kira 20 minit, petang tadi.