KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan yang melanda beberapa negeri di pantai barat sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.
Di SELANGOR, tiga kawasan di daerah Klang, dekat sini ditenggelami air selepas hujan berterusan bermula sekitar pukul 3 petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata setakat 6.30 petang tadi kawasan yang dilanda banjir kilat adalah berhampiran Jusco Bukit Raja di Persiaran Bukit Raja 2; Lorong Emas 2 Taman Melawis dan sekitar Jalan 3 Off, Jalan Mohd Yamin, di Klang.
"Kejadian banjir kilat antaranya disebabkan longkang tersumbat dan berlaku limpahan air sungai ekoran hujan lebat. Di kawasan sekitar Jusco Bukit Raja, Persiaran Bukit Raja 2, kedalaman air adalah 1.22 meter, di sekitar Jalan Mohd Yamin (1.83m), manakala di Taman Melawis (0.30m).
"Setakat ini 35 rumah penduduk terlibat di dua daripada tiga kawasan tersebut khususnya 15 rumah di sekitar Jalan 3 Off, Jalan Mohd Yamin dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa banjir dari dalam rumah sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Norazam berkata banjir kilat di sekitar Jusco Bukit Raja turut menjejaskan Jalan Persekutuan dari arah Klang menghala Kuala Lumpur yang dinaiki air menyebabkan lima kenderaan terkandas di kawasan tersebut dan pemandunya telah diarah keluar dari kenderaan terbabit untuk berlindung di tempat yang selamat.
Katanya berdasarkan pemantauan setakat ini, belum ada trend penurunan di kawasan berkenaan namun pihaknya telah bersiap sedia khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir kilat ekoran hujan yang masih belum reda.
Di NEGERI SEMBILAN, lapan kampung di Rembau dilanda banjir kilat disebabkan limpahan air dari beberapa sungai ekoran hujan lebat berterusan sejak pagi sehingga pukul 6 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata banjir kilat membabitkan Kampung Tanjung Sena Hilir, Kampung Sungai Ibor, Kampung Minching, Kampung Paya Besar, Kampung Merbau 9, Kampung Sungai Batu, Kampung Raden dan Kampung Pulau Besar.
"Selain itu, jalan Pulau Mampat - Seberang Batu Hampar putus dua kira-kira pukul 4 petang tadi dan kerja penutupan jalan telah dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana keadaan jalan tidak selamat digunakan pengguna jalan raya pada masa ini.
"Jalan Linggi-Pedas di jambatan Sungai Ibor turut ditutup bagi kenderaan ringan berikutan air sungai masih di paras bahaya iaitu sekitar 600 milimeter (mm). Pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif iaitu jalan Kundur-Pilin untuk ke pekan Rembau," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini tiada mangsa dipindahkan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah berkenaan, selain pihaknya terus memantau dari semasa ke semasa situasi banjir di negeri ini.
Di MELAKA, 36 lokasi di tiga daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengah hari tadi.
Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata daripada jumlah itu, 20 lokasi melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (sembilan) dan Jasin (tujuh).
Beliau berkata setakat pukul 7 malam tadi, tiga PPS telah dibuka sebagai persediaan menempatkan mangsa banjir yang terjejas.
"PPS terlibat ialah SMK Tun Mutahir di daerah Melaka Tengah, SK Durian Tunggal (Alor Gajah) dan SMK Seri Bemban (Jasin). Setakat ini, jumlah mangsa belum dapat dipastikan kerana mangsa masih dalam proses pendaftaran untuk ke PPS tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata lokasi terjejas banjir di daerah Melaka Tengah antaranya Sungai Putat, Bukit Beruang, Malim Permai, Desa Duyong, Ayer Keroh, Taman Rambai Jaya, Kampung Sungai Badau, Bakar Batu, Balai Panjang, Kampung Kolam, Kampung Morten dan Tengkera.
Katanya bagi daerah Alor Gajah pula, ia melibatkan kawasan antaranya Kampung Dalong, Kampung Danun, Parit Melana, Kampung Padang Keladi, Durian Daun dan Bukit Balai, manakala di Jasin, lokasi terjejas antaranya Pekan Merlimau, Jasin Bestari, Asam Kumbang, Lubuk Kasa dan Tehel.
Bernama
Wed Oct 20 2021
Beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat berhampiran Jusco Bukit Raja di Persiaran Bukit Raja, Klang. - Gambar/ Sinar Harian
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing hari ini.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir kilat 'kejutkan' Felda Kerteh
Banjir kilat yang berlaku kira-kira 4 petang Ahad itu menyebabkan 260 penduduk terpaksa berpindah ke PPS.
23 penerbangan di Lapangan Terbang Sydney dibatalkan pada Krismas
Sekurang-kurangnya 23 penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sydney Australia dibatalkan pada Hari Krismas susulan hujan lebat dan banjir kilat.