awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa premis di Jalan Mahkota, Kuantan terbakar

Bernama
Bernama
09/09/2025
21:55 MYT
Beberapa premis di Jalan Mahkota, Kuantan terbakar
Setakat 10.50 malam, kebakaran di bangunan lama di Jalan Mahkota, Kuantan, belum dipadamkan sepenuhnya namun berjaya dikawal daripada merebak ke premis lain. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Beberapa premis di bangunan lama di Jalan Mahkota di sini terbakar malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.46 malam.
Beliau berkata setakat 10.30 malam, kedai karpet dan bingkai di bangunan dua tingkat itu terbakar 90 peratus, manakala pihaknya masih menjalankan operasi pemadaman di premis sebuah persatuan yang terletak di tingkat atas serta sebuah lagi kedai.
"Tiada mangsa terlibat setakat ini dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata lebih 40 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Taman Tas, Indera Mahkota dan Gebeng.
Tinjauan Bernama mendapati setakat 10.50 malam, kebakaran di bangunan berkenaan belum dipadamkan sepenuhnya namun berjaya dikawal daripada merebak ke premis lain.
Kebakaran berkenaan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat orang ramai memperlahankan kenderaan dan anggota polis bertindak mengawal laluan terbabit.
Sementara itu, peniaga dalam talian Shahriza Jamil, 29, berkata beliau yang kebetulan lalu di jalan itu terlibat percikan api keluar dari kedai karpet berkenaan.
"Selepas itu api makin marak dengan kepulan asap keluar sebelum beberapa lagi jentera tiba untuk memadam kebakaran yang kemudiannya merebak di tingkat atas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#premis bangunan lama terbakar
#kebakaran
#Jalan Mahkota Kuantan
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan