Berita Terkini ASEAN25: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara atas faktor keselamatan

Semua stesen lain dalam ketiga-tiga laluan berkenaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan tersebut. - Foto Kenyataan Rapid KL
KUALA LUMPUR: Beberapa stesen di bawah rangkaian Rapid KL ditutup sementara hari ini dari 7 pagi hingga 12 tengah hari atas faktor keselamatan.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu melibatkan beberapa stesen di tiga laluan utama iaitu Laluan Kelana Jaya, Laluan Putrajaya dan Laluan Kajang.
Bagi Laluan Kelana Jaya, stesen yang terjejas ialah Ampang Park dan KLCC, manakala Laluan Putrajaya membabitkan stesen Conlay, Persiaran KLCC dan Ampang Park.
Sementara itu, di Laluan Kajang, stesen Bukit Bintang turut ditutup buat sementara waktu.
Menurut kenyataan itu lagi, semua stesen lain dalam ketiga-tiga laluan berkenaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan tersebut.
“Penumpang dinasihatkan menggunakan laluan atau mod pengangkutan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi mengelak sebarang kesulitan,” menurut kenyataan itu.
Prasarana turut memberi jaminan bahawa operasi akan disambung semula pada jam 12 tengah hari selepas pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan semasa, orang ramai boleh melayari laman rasmi Rapid KL atau media sosial rasmi syarikat berkenaan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

