awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand

Bernama
Bernama
28/01/2026
22:20 MYT
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Pelantikan Lisa sebagai Duta Amazing Thailand menandakan satu lembaran baharu dalam menyampaikan daya tarikan Thailand, menghubungkan hati dengan negara ini. - Gambar Bernama
BANGKOK: Lalisa "Lisa" Manobal daripada kumpulan Blackpink dilantik sebagai Duta Amazing Thailand di bawah kempen "Feel All the Feelings."
Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Thapanee Kiatphaibool berkata, peranan Lisa sebagai duta akan menampilkan keindahan, keunikan serta nilai Thailand dari perspektif baharu, sekali gus menggalakkan pelawat menghargai negara itu bukan sahaja sebagai destinasi indah, tetapi juga melalui pengalaman bermakna yang kekal dalam ingatan.
"Pelantikan Lisa sebagai Duta Amazing Thailand menandakan satu lembaran baharu dalam menyampaikan daya tarikan Thailand, menghubungkan hati dengan negara ini dan menjemput pelancong untuk merasai setiap 'perasaan' yang mentakrifkan Thailand - bukan sekadar sebagai destinasi, tetapi sebagai Destinasi Santai Berkualiti," katanya pada majlis pelancaran kempen itu yang berlangsung di Wat Arun Ratchawararam, di sini, pada Rabu.
Thapanee berkata, TAT terus memperkukuh keyakinan terhadap pelancongan Thailand menerusi inisiatif Trusted Thailand, yang meletakkan Thailand sebagai destinasi berkualiti yang boleh dipercayai dan dipilih dengan penuh keyakinan oleh pelancong.
Mengulas mengenai kempen "Feel All the Feelings", Thapanee berkata, kempen itu menggalakkan rakyat Thailand menjadi "tuan rumah yang baik" di samping memperkukuh keyakinan pelancong menerusi inisiatif Trusted Thailand, yang bertujuan memastikan setiap lawatan memberi rasa selamat, meninggalkan kenangan indah serta mendorong kunjungan berulang.
Beliau berkata, TAT percaya bahawa menampilkan keindahan Thailand menerusi perspektif Lisa akan membantu pelancong melihat negara itu sebagai destinasi berkualiti terkemuka yang mempunyai kedalaman melangkaui tarikan pemandangan semata-mata.
"Setiap pengalaman mempunyai nilai, dan setiap detik perjalanan sama ada melalui manusia, budaya, cara hidup atau suasana,semuanya bermakna.
"Kami mahu setiap lawatan mencipta kenangan jangka panjang yang memberi inspirasi kepada pelancong untuk datang ke Thailand, kembali semula dan berkongsi cerita mereka," katanya.
--BERNAMA
TAG: Lisa Manobal, TAT, Amazing Thailand, duta, pelancongan
Topic Berkaitan
#Lisa BLACKPINK
#Duta Amazing Thailand
#Feel All The Feelings
#pelancongan Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan