awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
FBI geledah pejabat pilihan raya Georgia berkait undi presiden AS 2020
Virus Nipah: Sukar merebak, namun risiko kematian tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun

Bernama
Bernama
28/01/2026
22:00 MYT
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
Peralihan daripada subsidi petrol RON95 secara pukal kepada subsidi bersasar melalui BUDI MADANI RON95 dijangka dapat mengurangkan ketirisan subsidi dan menjana penjimatan fiskal sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Peralihan daripada subsidi petrol RON95 secara pukal kepada subsidi bersasar melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dijangka dapat mengurangkan ketirisan subsidi dan menjana penjimatan fiskal sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Bagaimanapun, MOF berkata, hal itu tertakluk kepada pergerakan harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang.
"Penjimatan ini bukan hasil pengurangan perlindungan kepada rakyat sebaliknya hasil daripada penyasaran subsidi yang lebih tepat kepada golongan yang layak," jelas kementerian itu menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.
MOF menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai jumlah subsidi untuk petrol RON95 selepas rasionalisasi dilaksanakan pada penghujung September dan berapakah penjimatan daripada rasionalisasi petrol tersebut.
Selain itu, kementerian berkenaan berkata, dari segi penentuan harga petrol RON95, harga runcit bahan api itu masih ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira harga minyak mentah dunia, kos penapisan, kos pengedaran serta kadar pertukaran mata wang.
Jelas MOF, dalam konteks rasionalisasi subsidi, pelaksanaan BUDI95 tidak mengubah mekanisme APM, sebaliknya memperbaiki kaedah pengagihan subsidi yang terhasil daripada mekanisme berkenaan.
Pendekatan ini membolehkan kerajaan mengawal pertumbuhan perbelanjaan subsidi dengan lebih berkesan khususnya dalam keadaan harga minyak mentah dunia kembali meningkat, kata MOF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#BUDI MADANI
#Mekanisme Harga Automatik
#penjimatan fiskal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan