awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bedah siasat Zara Qairina selesai, perkembangan peguam dinantikan

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2025
13:15 MYT
Bedah siasat Zara Qairina selesai, perkembangan peguam dinantikan
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di HQEI. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat jenazah Allayarhamah Zara Qirana Mahathir difahamkan selesai selepas lapan jam prosedur berkenaan dilakukan di Hospital Queen Elizabeth (HQEI), Kota Kinabalu pada Ahad.
Sumber memaklumkan, proses tersebut tamat sekitar jam 8 malam tadi dan jenazah akan dikebumikan semula di daerah Sipitang sejurus proses tindakan lanjut selesai.
Astro AWANI ketika ini sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak peguam Allayarhamah untuk perkembangan semasa.
Jenazah remaja berusia 13 tahun itu dibawa ke HQEI sekitar jam 10.30 malam pada Sabtu setelah kuburnya digali semula.
Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
Menurut AGC, tindakan terbaru itu antara beberapa arahan yang dikeluarkan pihaknya untuk siasatan secara menyeluruh dilakukan.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di HQEI.
Topic Berkaitan
#proses bedah siasat
#Hospital Queen Elizabeth
#Jabatan Peguam Negara
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan