awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di lima kawasan di Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pagi esok

Bernama
Bernama
11/03/2022
13:22 MYT
Bekalan air di lima kawasan di Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pagi esok
Sehingga 6 petang tadi pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 62 peratus. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di lima kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini dijangka pulih sepenuhnya pada 4 pagi esok (12 Mac).
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata sehingga 6 petang tadi pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai 62 peratus.
"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lima kawasan yang terjejas adalah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Mawar, Taman Putra dan Pandan Mewah.
Elina berkata bantuan air alternatif melalui lori tangki akan terus digerakkan di kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Beliau turut menasihatkan pengguna agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan berharap mereka menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Air Selangor
#Kuala Lumpur
#paip pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan