awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di Selangor mencukupi - Zaidy

Bernama
Bernama
29/04/2016
07:17 MYT
Bekalan air di Selangor mencukupi - Zaidy
Setakat ini tiada sebarang gangguan bekalan air di Selangor walaupun negara berdepan cuaca panas akibat fenomena El Nino. -Gambar fail
Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi dan paras air di empangan negeri ini juga berada pada tahap selamat.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib ketika dihubungi berkata setakat ini tiada sebarang gangguan bekalan air di Selangor walaupun negara berdepan cuaca panas akibat fenomena El Nino.
"Buat masa ini kapasiti takungan air empangan menunjukkan paras melebihi 60 peratus yang mana berada di atas paras kritikal (30 peratus paras kritikal).
"Dengan kekerapan hujan sejak kebelakangan ini, kita yakin tiada gangguan air akan berlaku sehingga cuaca kembali normal (daripada cuaca panas) menjelang akhir bulan depan," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya akan tetap membuat pemantauan berhubung situasi air di empangan bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna.
Topic Berkaitan
#bekalan air Selangor
#cuaca panas
#El Nino
#paras air di empangan
#Zaidy Abdul Talib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan