awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 11.30 malam esok - Air Selangor

Bernama
Bernama
16/12/2021
14:24 MYT
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 11.30 malam esok - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam esok (17 Dis). - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam esok (17 Dis), menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri.
Beliau dalam satu kenyataan berkata berikutan tiada bau yang dikesan di muka sauk, Air Selangor telah memulakan proses rawatan air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih).
"Ini untuk memastikan agar air terawat yang bersih dan selamat dapat diagihkan kepada para pengguna," katanya.
Terdahulu, LRA Sg Semenyih telah dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.
BACA: Tindakan pantas atasi pencemaran bau di Sungai Semenyih
Sementara itu, menurut Elina bantuan air alternatif melalui 81 lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki, katanya.
Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor.
Menurut Elina Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden berkenaan dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.
Katanya pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300, manakala pertanyaan dan aduan boleh diajukan ke Pusat Bantuan di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan air
#Air Selangor
#Sungai Semenyih
#Elina Baseri
#loji rawatan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan