KUANTAN: Gangguan bekalan air membabitkan 79,550 akaun pengguna di Kuantan pulih lebih 50 peratus, kata Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip).
Dalam satu kenyataan petang ini, Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata pemulihan itu direkodkan sehingga jam 10 pagi tadi.
Katanya, pemulihan bekalan di kawasan yang tinggi dan jauh dari loji akan mengambil masa dan dilakukan secara berperingkat.
Beliau berkata, pemulihan itu berikutan kerja-kerja pembaikan injap angin dan 'line pump' di Rumah Pam Kobat lama yang siap pada pagi tadi.
"Sehingga kini (10 pagi) terdapat beberapa kawasan yang masih belum pulih antaranya seluruh kawasan Beserah sehingga sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan, Kampung Alor Batu, dan Batu Hitam.
"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya selepas 24 jam sehingga 48 jam dari masa kerja-kerja siap.
"Bagaimanapun, Paip akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas" katanya.
BACA: Penduduk Kuantan alami gangguan bekalan air bermula tengah malam tadi
Paip berharap agar pengguna yang telah menerima bekalan air dapat menggunakan bekalan itu secara berhemah dan memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Aug 11 2022

Pemulihan bekalan di kawasan yang tinggi dan jauh dari loji akan mengambil masa dan dilakukan secara berperingkat. - Gambar hiasan

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Gangguan bekalan air jejas kemeriahan hari pertama puasa di Labuan
Gangguan bekalan air sejak beberapa hari lepas telah menjejaskan kemeriahan hari pertama Ramadan di pulau bebas cukai ini.

430 tangki statik di kawasan gangguan air sepanjang Ramadan, Aidilfitri - AKSB
Tangki itu akan diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk pengguna mendapatkan air sekiranya berlaku gangguan bekalan air terawat.

Operasi LRA Yong Peng 2, 3 dihentikan akibat banjir
Operasi dua LRA berkenaan terjejas kerana gangguan bekalan elektrik di Empangan Bekok akibat hujan berterusan dan banjir.

Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air
Kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi tadi.

Bekalan air pulih sepenuhnya - Air Selangor
Ia membabitkan 369 kawasan di Petaling, Gombak (278), Hulu Selangor (30), Klang/Shah Alam (189), Kuala Langat (tiga), Kuala Selangor (168).

Gangguan bekalan air di kawasan terjejas pulih 99 peratus - Air Selangor
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor, sejak malam Sabtu lepas, telah pulih 99 peratus setakat 6 petang hari ini.

Bekalan air ke 7 wilayah terjejas pulih 75 peratus - Air Selangor
Bekalan air ke tujuh kawasan terjejas susulan henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA) disebabkan insiden pencemaran bau di Muka Sauk LRA Rantau Panjang, pulih 75 peratus.

Bekalan air ke 7 wilayah terjejas pulih 52 peratus - Air Selangor
Bekalan air ke kawasan terjejas susulan henti tugas sementara disebabkan insiden pencemaran bau di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, pulih 52 peratus setakat 12 tengah hari tadi.

Pencemaran bau: 1,335 kawasan di Selangor, KL dijangka alami gangguan bekalan air
Sebanyak 1,335 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas.

Paip terputus, tiga kawasan di Dungun alami gangguan air
Dua paip utama berukuran 700mm yang menyalurkan air dari LRA Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian.