Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjangka gangguan bekalan air di enam wilayah terjejas akibat pencemaran Sungai Selangor akan pulih secara berperingkat dalam masa tiga hari lagi sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu.
Sehingga kini, jumlah pengguna yang terjejas telah menurun kepada kira-kira 880,000 akaun pengguna iaitu 60 peratus daripada jumlah pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata pengguna wilayah Kuala Langat telah menerima bekalan air semula sepenuhnya sejak awal pagi Sabtu.
"Oleh sebab kawasan yang terlibat amat luas dan jumlah pengguna yang terjejas melebihi sejuta orang, semua kakitangan Syabas kini bertugas 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan semua kerja-kerja berjalan lancar," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, operasi empat buah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang ditutup selepas sumber air dari Sungai Selangor mengalami pencemaran air disebabkan tumpahan minyak diesel di hulu sungai di sekitar Rawang.
Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred dalam kenyataannya, berkata bekalan air terawat mula disalurkan ke sistem agihan empat loji rawatan air yang mula beroperasi semula sejak 3 pagi tadi.
"Bagi membantu meringankan beban pengguna, Syabas meletakkan 46 buah lori tangki di kawasan terjejas.
"Selain itu, sebanyak 14 lori tangki dari negeri-negeri lain iaitu enam buah dari Syarikat Air Johor, Lembaga Air Perak (6) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (4) turut ditempatkan di kawasan terjejas," katanya.
Bernama
Sat Aug 31 2013
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.