awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/07/2021
02:10 MYT
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
AKSB menjelaskan, penyusutan air bawah tanah sehingga empat juta liter sehari turut dikesan membabitkan loji rawatan air (LRA) Wakaf Baru. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca daripada bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), selain itu penyusutan air bawah tanah sehingga empat juta liter sehari turut dikesan membabitkan loji rawatan air (LRA) Wakaf Baru.
Situasi itu menyebabkan berlaku gangguan bekalan air terawat kepada pengguna.
Menurut kenyataan itu lagi, berlaku kekurangan pengeluaran air terawat membabitkan tangki utama di LRA Merbau Chondong, Machang, tangki Kubah dan tangki Machang yang menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Machang, Pasir Puteh dan kawasan Kota Bharu Selatan.
Selepas elektrik disambungkan, ia mengambil masa untuk dipulihkan namun situasinya beransur pulih bermula Isnin lepas.
Penyusutan air di LRA Wakaf Baru juga menyebabkan berlakunya gangguan di kawasan Tumpat dan kawasan agihan.
Bagaimanapun, AKSB mengambil beberapa langkah jangka pendek bagi menyelesaikan gangguan bekalan air antaranya membuat penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan terjejas, meningkatkan pengepaman air mentah, melakukan aktiviti penyelenggaraan telaga dan menempatkan tangki statik di kawasan terputus bekalan air.
Pada Rabu, media melaporkan lima jajahan atau 200,000 penduduk. Kelantan berdepan gangguan bekalan air yang berlarutan sejak lima hari lepas bermula Khamis lalu.
Topic Berkaitan
#air
#bekalan elektrik
#loji rawatan air
#AKSB
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan