awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2023
14:30 MYT
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Charles Anthony Santiago berpendapat, pemimpin negeri perlu melihat isu air merupakan isu bersama bukan isu negeri tertentu semata-mata. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyelesaian yang lebih saksama adalah sangat penting bagi mengatasi masalah kekurangan air yang berlaku di negara ini.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago berpendapat, pemimpin negeri perlu melihat isu air merupakan isu bersama bukan isu negeri tertentu semata-mata.
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
"Kalau pihak kilang fikir ini menjadi masalah setiap tahun dan kerajaan tidak dapat menyelesaikan walaupun ada kaedah untuk menyelesaikannya, maka keyakinan mereka kepada kita akan turun, mereka (kilang) akan pergi ke negara lain.
"Ini perlu ada dalam pemikiran kita, perspektif kita masa kita bincang perkara ini kita perlu ambil kira kepentingan negara ini.
"Kita tidak boleh kata ini hak kita, walaupun dalam perlembagaan ada mengatakan air di bawah kerajaan negeri tetapi air sebenarnya bukan hak mana-mana negeri kerana air datangnya dari tuhan.
"Oleh yang demikian, air mesti dibahagikan secara saksama kepada semua pihak dan ketika krisis ia perlu lebih saksama dan itu penting," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata demikian dalam rancangan Dialog Tiga Penjuru yang bertajuk Masalah Air, Bila Nak Selesai? di Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#air
#SPAN
#masalah air
#kemarau
#bekalan air
#sumber air
#Charles Santiago
#pelabur
#kilang
#saksama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan