awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan Air Selangor dijangka pulih sepenuhnya malam ini

Bernama
Bernama
17/12/2021
14:55 MYT
Bekalan Air Selangor dijangka pulih sepenuhnya malam ini
Pengguna yang telah menerima bekalan air dinasihat supaya membiarkan paip mengalir sehingga air bersih sebelum menggunakannya untuk kegunaan harian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan berkata bekalan air di kawasan terjejas melibatkan Putrajaya, daerah Hulu Langat, daerah Sepang dan daerah Kuala Langat itu mencapai pemulihan 100 peratus manakala daerah Petaling pada 93.6 peratus.
"Tempoh pemulihan berbeza antara satu kawasan dengan kawasan lain berdasarkan lokasi dan jarak premis pengguna. Bantuan bekalan air alternatif akan terus digerakkan kepada pengguna terjejas dan premis kritikal semasa gangguan bekalan air tidak berjadual.
"Kami ingin menasihatkan pengguna yang telah menerima bekalan air supaya membiarkan paip mengalir sehingga air bersih sebelum menggunakannya untuk kegunaan harian," tambahnya.
Gangguan bekalan air itu berikutan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
#LRA Sungai Semenyih
#bekalan pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan