awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan beras tempatan kurang kerana pembelian panik - Mohamad Sabu

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/09/2023
07:22 MYT
Bekalan beras tempatan kurang kerana pembelian panik - Mohamad Sabu
Mohamad berkata kementeriannya juga sedang dalam usaha untuk berunding bersama Kerajaan India bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik dalam isu sekatan eksport yang berlaku sekarang. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan kekurangan faktor beras putih tempatan di pasaran adalah kerana berlakunya pembelian panik.
Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut termasuk melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan.
Menurutnya, program itu adalah konsensus bersama pengilang beras untuk pengeluaran tambahan 20 peratus stok pengilang padi sebanyak 23,000 tan metrik sebulan bagi tempoh setahun.
“Kejadian membeli beras putih tempatan, kerana berlaku ‘panic buying’. Bila harga beras import meningkat, sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat, termasuk oleh para peniaga.
“Tapi bila harga beras import naik, mereka mencari beras tempatan. Maka beras tempatan menjadi permintaan utama, yang menyebabkan ia berlaku sedikit shortage (kekurangan bekalan) di pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohamad berkata kementeriannya juga sedang dalam usaha untuk berunding bersama Kerajaan India.
Menurutnya, ia adalah bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik dalam isu sekatan eksport yang berlaku sekarang.
“Saya selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian & Kebajikan Petani Negara India dalam masa terdekat.
“Selain itu, BERNAS turut dalam perundingan bersama negara sumber beras yang lain seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#beras tempatan
#harga beras
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan