awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan daging mencukupi sempena Aidiladha

Bernama
Bernama
18/06/2022
07:22 MYT
Bekalan daging mencukupi sempena Aidiladha
Keputusan kerajaan membenarkan pengimportan lebih 12,000 lembu hidup khususnya dari Thailand turut membantu memastikan bekalan itu mencukupi. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan makanan termasuk daging mencukupi sempena sambutan Aidiladha.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, keputusan kerajaan membenarkan pengimportan lebih 12,000 lembu hidup khususnya dari Thailand turut membantu memastikan bekalan itu mencukupi.
"(Bekalan) Lembu korban adalah mencukupi setelah kita buka dan beri kebenaran untuk import lembu dari Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemadanan Pekerjaan Subsektor Tanaman di sini hari ini.
Pada 7 Jun 2021, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggantung import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta selepas menilai risiko penularan penyakit kulit kental (LSD) yang dilaporkan di lebih 41 wilayah di Thailand.
Selepas beberapa perjumpaan, perbincangan dan penambahbaikan beberapa peraturan dan prosedur import, JPV menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta pada 15 Mac lepas.
Pada 2021, Malaysia mengimport sebanyak 12,405 ekor lembu dari Thailand sempena sambutan Aidiladha berbanding 12,553 ekor pada 2020.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata warga tempatan terutama belia disaran merebut tawaran kerja dalam sektor tanaman agromakanan bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing dalam sektor itu.
"Jabatan Pertanian menyasarkan pengurangan pekerja asing sebanyak 10 peratus hingga 2030 dengan adanya peningkatan penggunaan teknologi dan penglibatan belia tempatan dalam sektor agromakanan," katanya.
Menurut Ahmad, rekod Jabatan Imigresen Malaysia turut menunjukkan 156,334 pekerja asing aktif di Malaysia bagi tempoh setakat 30 Jun 2019 dengan bekerja dalam sektor pertanian.
Beliau berkata ketika ini sektor tanaman juga memerlukan hampir 46,000 pekerja asing dan warga tempatan disaran merebut peluang dalam sektor tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan daging
#Aidiladha
#lembu import
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan