awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan diesel di semua stesen Petronas terjejas akan pulih dalam dua hari - PDG

Bernama
Bernama
27/12/2023
15:47 MYT
Bekalan diesel di semua stesen Petronas terjejas akan pulih dalam dua hari - PDG
Petronas Dagangan Bhd mengumumkan bahawa bekalan diesel di stesen-stesen Petronas yang terjejas di seluruh negara akan pulih sepenuhnya. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd mengumumkan bahawa bekalan diesel di stesen-stesen Petronas yang terjejas di seluruh negara akan pulih sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas Dagangan berkata pemulihan semula bekalan akan dilakukan dalam tempoh dua hari lagi.
"Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan tanpa gangguan kepada pelanggan kami dan menjadikan kehidupan harian mereka lebih mudah dan bermanfaat. Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama anda sepanjang tempoh gangguan ini," katanya.
Pada Selasa, syarikat itu memaklumkan bahawa beberapa stesennya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, dan isu berkenaan dijangka berterusan sehingga 31 Dis, 2023.
Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada Petronas mengenai gangguan bekalan yang menjejaskan hampir semua stesen minyaknya di negeri itu dan juga di Sabah.
KPDN Sarawak menambah, melalui Bahagian Penguatkuasaannya, ia giat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan di semua stesen minyak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan diesel
#Petronas Dagangan Bhd
#stesen Petronas
#pulih sepenuhnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan