awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik di Pulau Pinang pulih

Bernama
Bernama
09/11/2017
11:45 MYT
Bekalan elektrik di Pulau Pinang pulih
Pada Ahad, Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri itu dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak Sabtu. - Gambar fail
Bekalan elektrik di Pulau Pinang pulih jam 4 petang tadi berikutan banjir terburukdi negeri itu Ahad lepas yang mengakibatkan banyak kawasan terputus bekalan elektrik.
Menurut satu kenyataan hari ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata kini kesemua 114 Pencawang Elektrik (PE) yang terjejas telah beroperasi semula, 102 disambung melalui grid sementara dan 12 lagi mendapat bekalan menerusi set janakuasa bergerak.
Walaupun kesemua PE telah mendapat bekalan, namun terdapat gangguan di bahagian sesalur atas voltan rendah yang masih terjejas akibat ditimpa pokok tumbang.
"Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan selepas pihak TNB memasuki kawasan yang ditenggelami air," katanya.
TNB juga mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengalih wayar atau kabel yang jatuh kerana dikhuatiri masih mengalirkan arus elektrik dan boleh mengakibatkan renjatan sekiranya disentuh.
Sehingga 2 petang tadi, seramai 2,670 orang daripada 688 keluarga masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir, berbanding 3,213 mangsa pagi tadi dan situasi banjir telah beransur pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#elektrik
#Pokok tumbang
#pulau pinang
#pusat pemindahan
#Tenaga Nasional Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan