Bekalan ikan segar di pasar basah di ibu negara berkurangan ekoran majoriti pemborong daripada kaum Cina masih bercuti sempena Tahun Baharu Cina.
Tinjauan Bernama di Pasar Sentul di sini juga mendapati hanya sebuah gerai menjual ikan dibuka manakala gerai lain yang kebanyakannya dimiliki penjual berbangsa Cina masih ditutup.
Peniaga ikan T. Kamala, 28, berkata beliau memilih untuk berniaga seperti biasa kerana menyedari warga kota perlu mendapatkan barangan basah setiap hari walaupun beliau sukar mendapatkan ikan segar.
"Dalam tempoh perayaan, saya banyak menjual ikan beku sehingga ada pelanggan merungut. Tapi apa boleh buat sebab pemborong ramai cuti dan saya pun susah (dapatkan bekalan)," katanya.
Beliau yang berniaga di pasar itu sejak 13 tahun lepas menjangkakan bekalan ikan segar kembali pulih dalam tiga atau empat hari lagi.
Tinjauan juga mendapati ikan tenggiri dijual pada harga antara RM26 dan RM27 sekilogram, kembung (RM12-RM13), sardin (RM5-RM9), tongkol (RM6-RM7) manakala udang dijual RM19-RM26 mengikut saiz.
Sementara itu, peniaga di Pasar Harian Selayang di sini, Eng Chuan Kit, 40, berkata beliau terpaksa menaikkan harga ikan antara RM1 dan RM1.50 pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Katanya selain sukar mendapatkan bekalan, beliau juga terpaksa menampung kos pengangkutan yang turut meningkat semasa mendapatkan ikan segar dari pasar borong di sini.
"Naik harga bukan sebab suka-suka, tapi terpaksa. Kos pengangkutan naik dan saya juga perlu ambil sedikit untung untuk membayar sewa dan kos lain," katanya yang berniaga di situ sejak 20 tahun lalu.
Peniaga ikan, Yusuf Azhar, 32, pula berkata kehadiran pelanggan pada musim perayaan agak berkurangan, tetapi masih boleh membawa pulangan modal kerana banyak gerai ikan masih tutup.
Tinjauan di dua pasar berkenaan juga mendapati keadaan pasar lengang selain kemudahan tempat letak kereta mudah diperoleh kerana warga kota masih bercuti.
Sementara itu, bagi peniaga sayur di Pasar Sentul K. Inderani, 62, harga sayur turut meningkat kerana tindakan pemborong menaikkan harga semasa menghantar bekalan.
"Macam tomato yang saiznya kecil tapi pemborong jual RM5 sekilogram. Jadi saya terpaksa jual RM6 sekilogram," katanya dan menambah, ini menyebabkan banyak pembeli memilih untuk membeli sayur lain.
Beliau berkata cili merah yang biasanya dijual RM5 sekilogram juga meningkat kepada RM8 manakala timun dijual pada harga RM3 sekilogram berbanding RM1.80 sebelum ini.
Sementara itu, pengunjung Pasar Sentul, Norihan Harun, 49, berkata beliau tidak mempunyai pilihan selain membayar harga yang agak mahal kerana keluarganya lebih gemar makan ikan berbanding ayam atau daging.
"Saya tetap bersyukur kerana masih ada peniaga yang menjalankan perniagaan. Tak kisahlah jika perlu bayar mahal sikit asalkan bekalan tak putus," katanya.
Seorang lagi pengunjung Natiya Syawal, 50, pula merungut dengan kenaikan harga barang basah kerana beranggapan peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga dengan terlalu tinggi sehingga menyusahkan pengguna.
"Kalau naik dalam 50 sen mungkin boleh terima, tapi ini ada yang sampai RM1. Benda-benda yang naik pula barang keperluan yang digunakan setiap hari," katanya.
Bernama
Tue Feb 12 2013
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
MTL: Pendaratan ikan berkurangan, DOF pastikan bekalan stabil di seluruh negara
Jabatan Perikanan ambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kestabilan bekalan ikan di seluruh negara ekoran fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.
Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Bekalan ikan segar mencukupi - LKIM
Pengurangan pendaratan ikan cuma berlaku di negeri-negeri pantai timur, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.
Bekalan hasil laut termasuk ikan mencukupi pada musim tengkujuh
Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.
Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.
Musim tengkujuh: Harga ikan naik di Terengganu
Kenaikan harga disebabkan oleh kekurangan bekalan kerana nelayan tidak keluar ke laut pada musim tengkujuh.