awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan vaksin fasa pertama tiba di Sabah 25 Feb ini - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
22/02/2021
14:55 MYT
Bekalan vaksin fasa pertama tiba di Sabah 25 Feb ini - Masidi
Masidi Manjun berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan merasmikan Pelancaran Vaksinasi COVID-19 Sabah pada 4 Mac 2021. -
KOTA KINABALU: Bekalan vaksin fasa pertama bagi petugas barisan hadapan di Sabah akan tiba di negeri itu pada 25 Februari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan merasmikan Pelancaran Vaksinasi COVID-19 Sabah pada 4 Mac 2021.
"Setakat ini, 109 buah pusat pemberian vaksin telah dikenal pasti dan akan terlibat dalam pemberian vaksin di seluruh negeri.
"Jumlah pusat pemberian vaksin ini akan diteliti dari semasa ke semasa oleh pasukan petugas imunisasi COVID-19 (CITF) di peringkat daerah masing-masing," katanya dalam sidang media laporan harian COVID-19 negeri itu.
Walaupun jumlah sebenar dos vaksin yang bakal sampai belum dapat dipastikan, Masidi memberi jaminan ia adalah mencukupi untuk petugas barisan hadapan pada fasa pertama dan seluruh rakyat Sabah.
Selain itu, Masidi turut memaklumkan sempena pembukaan sekolah pada 1 Mac depan, para pelajar tidak wajib untuk menjalani ujian saringan.
Menyentuh mengenai cadangan pemberian vaksin kepada warga pendidik dan murid terlebih dahulu, beliau berkata kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan pemberian suntikan kepada para guru yang mempunyai masalah kesihatan.
"Dalam perancangan awal fasa pertama, program vaksin COVID-19 hanya merangkumi petugas-petugas kesihatan barisan hadapan, dari sektor kerajaan dan swasta, serta petugas-petugas perkhidmatan penting dan pertahanan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Masidi memberitahu, pihaknya memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dikenakan di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, berkuat kuasa 23 Februari hingga 8 Mac ini susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di kawasan itu.
Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 110 kes positif COVID-19 baharu dengan satu kes kematian dari daerah Kota Kinabalu.
Topic Berkaitan
#Vaksin Sabah
#Vaksin tiba di Sabah
#vaksin fasa pertama
#Hajiji Noor
#Masidi Manjun
#vaksin COVID-19
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan