Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Tahanan rumah: Keadaan lengang di hadapan kediaman Najib, tiada kelibat polis

Tinjauan Astro AWANI mendapati laluan masuk ke kediaman berkenaan juga tidak lagi dihalang dengan pita keselamatan berwarna kuning seperti yang kelihatan pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Tinjauan Astro AWANI mendapati laluan masuk ke kediaman berkenaan juga tidak lagi dihalang dengan pita keselamatan berwarna kuning seperti yang kelihatan pada Jumaat. - Foto Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Keadaan di hadapan kediaman Datuk Seri Najib Razak lengang tanpa kehadiran anggota keselamatan atau kenderaan unit penjara pada Sabtu.
  • Pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat.
  • AGC menegaskan tidak mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat, namun mahu pelaksanaannya selaras dengan undang-undang dan rujukan segera kepada mahkamah.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suasana di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, pada Sabtu, dilihat lengang tanpa kelibat anggota keselamatan seperti polis mahupun kenderaan unit penjara.

Tinjauan Astro AWANI mendapati laluan masuk ke kediaman berkenaan juga tidak lagi dihalang dengan pita keselamatan berwarna kuning seperti yang kelihatan pada Jumaat.

Keadaan berbeza berbanding semalam apabila kawasan sekitar kediaman itu dikawal ketat, hanya kenderaan serta individu yang mempunyai kebenaran boleh keluar masuk.

Advertisement

Ia sebagai persediaan menerima kepulangan Najib yang selesai membayar denda RM50 juta bagi kes penyelewengan dana SRC International pada Jumaat, sekali gus membolehkan hukuman tahanan rumah dilaksanakan sehingga 23 Ogos 2028.

Namun pelaksanaan tahanan rumah itu ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat.

Advertisement

Dalam pada itu, pengamal media tempatan dan antarabangsa dilihat masih berkampung di sekitar kawasan kediaman Najib bagi mengikuti perkembangan terkini membabitkan bekas Ahli Parlimen Pekan tersebut.

Pada Sabtu, AGC meminta status hukuman penjara Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International perlu dirujuk segera kepada mahkamah bagi mendapatkan penentuan dan arahan yang jelas.

Selain itu, AGC menegaskan pihaknya tidak pernah mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya mahu memastikan pelaksanaannya selaras dengan undang-undang.

Menurut AGC, persoalan utama adalah sama ada perintah pelepasan itu hanya berkaitan pembayaran denda dan membolehkan baki hukuman penjara kes SRC diteruskan melalui tahanan di rumah, atau membawa kesan bahawa hukuman berkenaan telah selesai dari segi undang-undang.

Sebelum ini, Istana Negara menegaskan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Must Watch Video

Advertisement