awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2023
07:29 MYT
Bekas ADUN disiasat kes tangkap ikan guna renjatan elektrik
Tular video berdurasi 24 saat di media sosial memaparkan bekas ADUN berkenaan sedang menangkap ikan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti menggunakan renjatan elektrik. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dipanggil bagi memberi keterangan susulan penularan video memaparkan tindakan beliau menangkap ikan menggunakan alatan terlarang.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, rakaman keterangan daripada bekas ADUN itu telah diambil pada Selasa.
"Kita menerima laporan berkaitan video tular itu pada Isnin (3 Julai) dan pihak jabatan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
"Individu terlibat juga telah dipanggil dan kini pihak jabatan sedang melengkapkan siasatan sebelum kita rujuk kepada penasihat undang-undang negeri Terengganu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Menurut Ruzaidi, siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 3 Kaedah- Kaedah Perikanan Darat Negeri Terengganu 1988 iaitu penangkapan ikan dengan menggunakan peralatan terlarang.
"Antara peralatan terlarang termasuk menggunakan racun, bahan letupan dan peralatan-peralatan mekanikal atau elektrik.
"Jika disabitkan kesalahan, pelaku berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,"jelas beliau.
Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di media sosial memaparkan bekas ADUN berkenaan sedang menangkap ikan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti menggunakan renjatan elektrik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tangkap ikan
#renjatan elektrik
#bekas ADUN
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan