awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Meru meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2023
02:30 MYT
Bekas ADUN Meru meninggal dunia
Allahyarham yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilaporkan meninggal dunia jam 5 pagi di Hospital Banting.
SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman meninggal dunia pada usia 65 tahun pada pagi Isnin.
Perkara itu dikongsikan menerusi kemas kini di Facebook Pas Selangor pada Isnin.
Difahamkam, Allahyarham yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilaporkan meninggal dunia jam 5 pagi di Hospital Banting.
Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Nushi Mahfodz menerusi kenyataan di Facebook Pas Selangor, mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.
"Pemergian beliau amat dirasai oleh kita semua kerana jasa dan pengorbanan beliau kepada rakyat di negeri Selangor sepanjang perkhidmatannya.
"Semoga keluarga beliau bersabar dan tabah menghadapi kehilangan ini dan didoakan rohnya bersama para pejuang dan solihin di akhirat kelak," menurut kenyataan itu.
Allahyarham menjadi ADUN Meru dari 2008 hingga 2018 sementara Pesuruhjaya Pas disandang beliau pada 2011 hingga 2013.
Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru.
Beliau meninggalkan isteri, Afidah Anum dan lima anak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abd Rani Osman
#meninggal dunia
#bekas ADUN Meru
#Hospital Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan