awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Sedili lepas, bebas tuduhan cabul wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2023
06:35 MYT
Bekas ADUN Sedili lepas, bebas tuduhan cabul wanita
Rasman sebelum ini didakwa mencabul kehormatan seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Bahagian Kota Tinggi dengan menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya. - Gambar fail
MUAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Muar hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, pada Jun lalu.
Keputusan itu diputuskan Majistret, Analia Kamaruddin terhadap Rasman, 54, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
Peguam bela mewakili tertuduh, Muhammad Mohd Nasir berkata, mahkamah membuat keputusan selepas menilai kenyataan saksi-saksi pendakwaan secara maksima sepanjang perbicaraan.
“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Rasman yang mana oleh demikian beliau dilepaskan dan dibebaskan dan wang jaminan dikembalikan semula,”katanya.
Rasman sebelum ini didakwa mencabul kehormatan seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kota Tinggi yang ketika itu berusia 27 tahun dengan menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita itu dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire di daerah Muar pada jam kira-kira 5 petang, 13 Januari 2022 lalu.
Justeru, dia yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.
Mengulas lanjut Muhammad berkata, Rasman turut menzahirkan rasa syukur terhadap keputusan yang diputuskan mahkamah hari ini.
“Beliau menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap keputusan ini kerana ianya dapat menegakkan kebenaran bagi diri beliau.
Beliau juga menganggap kes ini sebagai suatu siri ujian terhadap beliau dan keluarga, namun akan terus komited dalam berbakti kepada rakyat,” tambahnya.
Prosiding berkenaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala Rasman diwakili peguam bela Muhammad, Muhammad Izzad Syafiq Ismail dan Mohamad Alias Rasman.
Terdahulu, seramai empat orang saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan yang telah bermula sejak Jun lalu.
Topic Berkaitan
#adun sedili
#Rasman Ithnain
#kes seksual
#tertuduh Rasman Ithnain dibebaskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan