awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Jelebu Datuk Yunus Rahmat meninggal dunia

Bernama
Bernama
10/02/2023
09:50 MYT
Bekas Ahli Parlimen Jelebu Datuk Yunus Rahmat meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Yunus Rahmat, 68, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. - Gambar BERNAMA
SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Yunus Rahmat, 68, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Berita pemergian Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang itu disahkan isterinya, Datin Juriah Suleiman ketika dihubungi Bernama di sini.
"Saya tak sangka dia pergi, tadi kami nak pergi mesyuarat dan dia duduk di kerusi dalam pejabat mengadu sakit belakang, tetapi tiba-tiba dah tak sedar dan kami segera bawa beliau ke hospital. Doktor sahkan Datuk meninggal dunia.
"Sebelum ini, Allahyarham ada minta nama-nama keluarga yang dah meninggal dunia untuk buat kenduri tahlil... tak sangka dia pergi secepat ini, pada Jumaat," katanya menambah jenazah Allahyarham masih berada di Kuantan dan akan dibawa ke Seremban untuk dikebumikan esok.
Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Jelebu mewakili Barisan Nasional dari 1995 hingga 1999 dan ADUN Klawang (2008 hingga 2018) selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dari 2008 hingga 2013.
Beliau kemudian mengumumkan menyertai Bersatu pada 2018. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Ahli Parlimen Jelebu
#Datuk Yunus Rahmat
#meninggal dunia
#ADUN Klawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan