GEORGE TOWN: Tiga individu termasuk seorang bekas anggota polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah jenis ganja.
Kesemua mereka ditahan dalam serbuan sekitar pukul 7.30 malam pada 13 dan 14 Januari lalu di Jalan Bendahari, Penaga, Kepala Batas.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas 453 ketulan mampat daun-daun kering berbalut kertas keemasan seberat 451.87 kilogram bernilai RM1.13 juta.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek lelaki berusia 33 tahun di tahan di tepi jalan di hadapan rumahnya bersama 10 ketulan mampat daun kering bernilai RM25,000 yang diletakkan di bawah tempat duduk motosikalnya.
Tangkapan pertama, kata beliau, membawa kepada penemuan 443 ketulan mampat ganja yang disimpan di dalam bilik khas di rumah teres setingkat milik suspek.
Dalam serbuan itu, polis, kata Mohd Shuhaily, menahan isteri suspek di rumah yang dipercayai menjadi tempat simpanan bekalan dadah yang dibawa masuk dari negara jiran.
“Dalam serbuan ketiga, pihak polis telah membuat serbuan di kawasan sama dan menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai dalang sindiket ini.
“Hasil risikan, sindiket dadah ini telah bergiat awal tahun 2022… dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran tempatan dan boleh digunakan hampir 906,740 penagih,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di sini, pada Isnin.
Mohd Shuhaily berkata, suspek utama kes ini sudah bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran tersebut sejak 2022.
Beliau berkata, siasatan mendapati, suspek pertama dipercayai menjadikan kegiatan itu sebagai sumber pendapatan selepas ditamatkan perkhidmatan sebagai anggota polis.
“Suspek pertama adalah seorang bekas anggota polis yang telah dibuang kerja pada tahun 2018 dan beliau anggota polis yang tempat tugasan terakhir di Marang, Terengganu.
“Apa juga penyalahgunaan, saya lihat ini adalah tindakan serius dan dalam ini saya melihat tindakan buang kerja adalah satu tindakan tepat oleh PDRM,” ujar Mohd Shuhaily lagi.
Selain dadah, beliau berkata, polis turut menyita tiga buah kereta bernilai RM345,000, dua buah motosikal (bernilai RM34,500) dan wang tunai bercampur bernilai RM37,000.
Mohd Shuhaily berkata, semakan mendapati seorang suspek positif dadah jenis THC, manakala, dua lagi negatif.
Ketiga- tiga suspek direman selama tujuh hari bermula 14 Januari hingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya ( ADB).
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 16 2023
Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek lelaki berusia 33 tahun di tahan di tepi jalan di hadapan rumahnya bersama 10 ketulan mampat daun kering bernilai RM25,000 yang diletakkan di bawah tempat duduk motosikalnya. - Gambar Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.