awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2023
21:45 MYT
Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Hanyan (tengah) menunjukkan sebahagian barang yang dirampas polis. -Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 19 kes pecah rumah yang berlaku di sekitar daerah ini dengan penangkapan seorang penganggur pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.
"Dengan penahanan suspek, kita berjaya merampas beberapa barang seperti barang kemas, telefon bimbit dan jam tangan yang disyaki dicuri dari rumah mangsa," katanya kepada media di sini pada Rabu.
Menurut Hanyan, siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu malam ketika penghuni sedang leka, tidur atau apabila rumah tidak berkunci.
Beliau berkata, suspek dipercayai pernah melakukan jenayah tersebut di daerah lain sebelum mula aktif dengan kegiatan sama di sekitar Kampung Gong Limau dan Kampung Gong Pauh sejak Julai lalu.
"Suspek yang merupakan bekas banduan dipercayai melakukan 19 kes pecah rumah dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah RM120,000.
"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau kini direman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hanyan Ramlan
#kes pecah rumah
#Kampung Gong Limau
#Kampung Gong Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan