KUALA LUMPUR: Seorang bekas banduan yang tidak pernah serik keluar masuk penjara kerana menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di media sosial, dipenjara setahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan sama.
Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharil Mohd Sarif, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes berkenaan hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Ogos lepas dan akan dipenjara enam bulan lagi, jika gagal membayar denda.
Tertuduh turut didenda RM1,000, jika gagal bayar dipenjara tiga bulan selepas mahkamah mengguna pakai proviso kes tersebut di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (di mana setiap kesalahan selepas pensabitan OKS boleh didenda RM1,000).
Edwin ketika menjatuhkan hukuman berkata OKS telah melampaui batas dan tindakannya menghina Agong, melanggar kebebasan bersuara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"OKS langsung tidak serik, walaupun mahkamah telah memberi beberapa kali peluang tetap mengulangi kesilapan sama," kata Edwin.
Sharil didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya terhadap YDPA dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil 'Sharil bin Mohd Sarif' pada 7.43 pagi, 20 April 2021.
Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 1.30 petang, 20 April lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman berbentuk pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap atas alasan dia mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan isterinya sudah meninggal dunia, Jun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman berat kerana sebelum ini, tertuduh pernah dihukum penjara dua kali atas kesalahan sama.
"OKS tidak menunjukkan kekesalan walaupun telah dipenjara sebelum ini, kesemua kesalahan adalah sama yang bersifat jelik dan menyakitkan hati.
"Hukuman-hukuman yang dijatuhkan tidak mendatangkan keinsafan kepada OKS. Mohon hukuman lebih berat supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam," katanya.
Sebelum ini, tertuduh pernah dipenjara dua bulan pada 2019 dan 10 bulan pada tahun lalu oleh mahkamah sama atas kesalahan serupa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Ogos lepas dan akan dipenjara enam bulan lagi, jika gagal membayar denda. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.
Syarikat didenda RM75,000 bina loji kitar semula tanpa EIA
Sebuah syarikat didenda RM75,000 kerana membina loji kitar semula sisa pepejal tanpa kelulusan EIA daripada JAS.
Bekas penceramah bebas tak mengaku tuduhan pindaan menyamar peguam
Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa di Seremban.
Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.
Mak Cik Kemboja hina Melayu didenda RM40,000
Mak Cik Kemboja yang mencetuskan kontroversi pada tahun lalu didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Jumaat atas dua tuduhan menghina orang Melayu.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Kes pecah amanah: Vivy Yusof, suami selesai bayar jaminan
Kes pecah amanah: Vivy Yusof, suami selesai bayar jamin
Peniaga didenda miliki alat mainan seks
Seorang peniaga wanita didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki pelbagai jenis bahan lucah.
Vivy Yusof dan suami didakwa di Kuala Lumpur hari ini, suami Zahnita di Kuantan
Pengasas FashionValet dan suami didakwa berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform e-dagang itu.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa minta tolong, tak tahan sakit dipukul - Saksi
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu mahkamah mangsa yang ditemukan mati di kolej itu, ada meminta tolong kerana kesakitan.