Skip to main content

Malaysia

Bekas CEO bank pelaburan antara tiga individu didakwa mahkamah Kuala Lumpur, Seremban hari ini

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiga individu termasuk seorang bekas CEO sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, di sini, dan Seremban, hari ini.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen, di sini, dan Seremban, hari ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi manakala seorang wanita bergelar Datuk, yang juga pengarah sebuah syarikat, akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, bekas CEO itu bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah lebih RM130 juta manakala wanita terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan sebuah pelaburan yang disiasat SPRM dan pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu, seorang ketua pegawai kewangan institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.

Hakim M. Kunasundary dijangka mendengar kes itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement