awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO institut automotif didakwa terima rasuah RM5 juta

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2023
06:31 MYT
Bekas CEO institut automotif didakwa terima rasuah RM5 juta
Mohamad Madani didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta. - Foto SPRM
SHAH ALAM : Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Institut, Robotik, dan IoT (MARii) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta.
Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim, Rozilah Salleh.
Dia didakwa secara rasuah menerima wang itu daripada seorang individu menerusi akaun bank sebagai upah kerana telah membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta.
Kesalahan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di cawangan sebuah bank, di Seksyen 15, Shah Alam, pada 8 Julai 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh membayar wang jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin.
Pasport antarabangsa tertuduh juga perlu diserahkan kepada Mahkamah untuk disimpan sehingga kes selesai.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How manakala tertuduh diwakili Peguam, Wan Aizuddin Wan Mohammed.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Jun 2023 untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Mahkamah Sesyen
#Rasuah
#MARII
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan