awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
15/10/2024
10:18 MYT
Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000
Perintah reman selama empat hari bermula Selasa (hari ini) dan dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada Selasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM370,000 .
Memetik portal Sinar Harian, suspek lelaki yang berusia lingkungan 50 tahun berkenaan dipercayai ditahan ketika hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 5.30 pagi Isnin.
“Siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima rasuah daripada empat individu bagi membolehkan mereka dilantik sebagai konsultan pakar geologi di syarikat suspek,” menurut SPRM.
“Empat individu itu dibayar antara RM750 hingga RM 2,100 sehari mengikut tawaran yang diputuskan oleh syarikat terbabit.
SPRM turut berkata suspek disyaki menerima wang suapan berjumlah RM150 hingga RM500 sehari melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek daripada akaun milik empat individu terbabit.
Perintah reman selama empat hari bermula Selasa dan dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sementara itu, SPRM turut memaklumkan, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Hishamuddin Hashim
#eksekutif syarikat petroleum dan gas
#eksekutif terima rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan