awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru tuisyen didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/12/2022
04:03 MYT
Bekas guru tuisyen didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram
Jamaliah Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi berjumlah RM12,000 pada Disember 2021. - Gambar Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang bekas guru tuisyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi berjumlah RM12,000 pada Disember 2021.
Tertuduh, Jamaliah Ahmad, 62, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abd Hamid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menerima wang tunai berjumlah RM12,000 hasil aktiviti haram di lobi sebuah hotel di Jalan Penang kira-kira jam 7 malam, 15 Disember 2021.
Tertuduh yang mempunyai taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hariss Ong Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Md Idris.
Hakim Mazdi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah selain tertuduh tidak dibenarkan berjumpa atau mengganggu mana-mana saksi sepanjang kes berlangsung.
Kes akan disebut semula 31 Januari depan.
Topic Berkaitan
#guru tuisyen
#pengubahan wang haram
#penjualan bayi
#Mahkamah Sesyen George Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan