GEORGE TOWN: Seorang bekas guru tuisyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi berjumlah RM12,000 pada Disember 2021.
Tertuduh, Jamaliah Ahmad, 62, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abd Hamid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menerima wang tunai berjumlah RM12,000 hasil aktiviti haram di lobi sebuah hotel di Jalan Penang kira-kira jam 7 malam, 15 Disember 2021.
Tertuduh yang mempunyai taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hariss Ong Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Md Idris.
Hakim Mazdi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap 1 hari bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah selain tertuduh tidak dibenarkan berjumpa atau mengganggu mana-mana saksi sepanjang kes berlangsung.
Kes akan disebut semula 31 Januari depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 13 2022
Jamaliah Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi berjumlah RM12,000 pada Disember 2021. - Gambar Astro AWANI
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik
Harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
Bekas guru tuisyen didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram
Tertuduh didakwa menerima RM12,000 hasil aktiviti pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi.
Sebar berita palsu COVID-19: Suri rumah didenda RM5,000, guru tuisyen mengaku tidak salah
Seorang suri rumah di Perlis dan seorang guru tuisyen di Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19.
Guru mengaku bunuh isteri guna rak penyidai baju
Sebelum kejadian, kedua-dua suami isteri itu bertengkar menyebabkan suspek memukul mangsa di bahagian kepala.
Guru tuisyen wanita cedera dalam cubaan samun
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya balik dari pusat membeli-belah, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
Jadi guru tuisyen peluang graduan jana pendapatan
Menjadi guru tuisyen mampu mengeluarkan siswazah daripada kepompong pengangguran serta meluaskan kemahiran interaksi sosial mereka dengan masyarakat.
Guru nyaris kerugian RM4,800 gara-gara cinta si mata biru
Wanita berusia 25 tahun tersebut dihubungi 'teman lelakinya' yang memberitahu dia telah mengirimkan pelbagai barangan termasuk sebuah beg tangan berjenama Furla dan satu unit telefon bimbit iPhone 7.
Guru tuisyen didakwa rangsang tiga kanak-kanak lakukan kelucahan melampau
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah sewanya di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru dekat sini dari Februari hingga Mei lepas.