awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara

Bernama
Bernama
04/10/2024
11:26 MYT
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Sam (kanan) hari ini diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Sam hari ini diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.
Yaacob, 66, yang bersara pada 12 Mac lepas, hadir ke mahkamah bagi prosiding petisyen penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara ('long call') di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Dalam ucapan tahniahnya Ahmad Kamal berkata Yaacob, yang merupakan bekas ketua beliau di Jabatan Peguam Negara (AGC), sangat berpengetahuan dalam isu berkaitan perundangan.
Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantu Yaacob memakai jubah peguam.
Kemasukan Yaacob sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya diusulkan oleh peguam M. Athimulan.
Athimulan dalam ucapannya berkata sepanjang tempoh pempetisyen berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rayuan, beliau telah menulis lebih 900 penghakiman bertulis dan 299 alasan penghakiman dalam pelbagai isu perundangan.
Pada Januari 2009, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman dan pada Ogos 2010 sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Pada 2012, beliau ditukarkan ke Shah Alam sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan merupakan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) selama tiga tahun, berkuat kuasa bermula 15 Okt, 2014.
Sementara itu, Ketua Bahagian Guaman AGC Donald Franklin bagi pihak Peguam Negara dan peguam Nik Nurul Atiqah Nik Yusof mewakili Badan Peguam Malaysia berkata mereka tidak mempunyai bantahan terhadap kemasukan bekas hakim itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas hakim mahkamah rayuan
#Yaacob Sam
#diterima masuk
#peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan