awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas imam masjid hilang, dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/12/2022
22:30 MYT
Bekas imam masjid hilang, dikhuatiri lemas ketika menjala ikan
Operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dilakukan pasukan penyelamat termasuk pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, serta orang awam. - Astro AWANI
SETIU: Seorang bekas imam masjid dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menjala ikan di tali air di Kampung Fikri, di sini, dalam kejadian semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin, Zakaria Mohd Nong, 72 tahun, dikatakan pergi bersendirian ke kawasan itu untuk menangkap ikan.
Katanya, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 malam semalam.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dilakukan pasukan penyelamat yang melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, serta orang awam.
"Operasi diteruskan lagi, di mana pada peringkat pertama, kita telah menyelam, iaitu oleh pihak skuba bomba, namun keadaan sekarang ini tidak mengizinkan, yang mana arus air semakin naik dan pasang.
"Kita akan ubah cara menyelamat. Kita gunakan bot-bot untuk mencari di atas permukaan sehingga arus berubah daripada air pasang kepada lebih baik," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menitikberatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di air.
Topic Berkaitan
#lemas
#menjala ikan
#bekas imam masjid
#Polis Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan