KUALA LUMPUR: Bekas isteri ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnya kerana menghina mahkamah.
Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia Hanafi, 43, kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.
Emilia memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi pada 8 Jun lepas dan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.
Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.
Berdasarkan permohonan itu, Emilia tidak tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan dan semasa prosiding hadhanah difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 23 Julai 2018, beliau tinggal atau bermastautin di Kajang, Selangor.
Beliau berkata Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 adalah terpakai untuk semua orang Islam yang tinggal dalam Wilayah Persekutuan dan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan.
"Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Undang-Undang Keluarga.
"Sebagai mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tempatan yang terhad, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan jelas tidak mempunyai bidang kuasa dalam prosiding komital tersebut," katanya.
Emilia memohon deklarasi bahawa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar serta menghukum mana-mana individu yang menghina mahkamah sebaliknya bidang kuasa itu adalah hak eksklusif mahkamah sivil di peringkat Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi, menurut Artikel 126 Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Nizam Bashir, yang mewakili Emilia, memberitahu pemberita pada prosiding pengurusan kes hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 20 Julai untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.
Peguam Ummi Kartini Abdul Latiff mewakili SM Faisal dan Zaleha manakala Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili Jabatan Peguam Negara.
Hukuman terhadap Emilia menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia yang disiarkan oleh sebuah portal.
Pada 25 April lepas, Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Emilia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 20 Julai untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu. - Gambar hiasan

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.

Lelaki diarah bayar hampir RM1 juta pampasan kerja rumah selama 25 tahun kepada bekas isteri
Mahkamah di Sepanyol mengarahkan seorang lelaki membayar AS$215,000 kepada bekas isterinya sebagai pampasan untuk kerja rumah yang dilakukannya sepanjang perkahwinan mereka.

"Ini lagi sakit daripada jahitan melahirkan"- Bekas isteri Hafidz Roshdi muncul dengan wajah lebam
Kata Nurul Shuhada, selama ini dia memang ditindas dan cukuplah beri muka dan bersangka baik pada Hafidz.

"Terima kasih atas kecacatan kekal di muka" - Bekas isteri Hafidz Roshdi
"Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang" - Pesanan Nurul Shuhada kepada Hafidz.

Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.

Bekas isteri MB Perlis tuntut mutaah, nafkah tertunggak RM15.34 juta
Bekas isteri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini memfailkan tuntutan mutaah dan nafkah tertunggak berjumlah RM15.34 juta di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas mendakwa diceraikan

Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.

Ada kesan lebam pada tangan, mata Emilia masa buat laporan polis - Saksi
Emilia juga dilihat menangis dan memberitahu, dia telah dicekik di bahagian leher selain dipukul.

Serang rumah bekas isteri dengan 'molotov cocktail', pemilik restoran popular Singapura dipenjara
Kejadian itu tidak mengakibatkan kecederaan tetapi bekas isteri Ismail menjadi trauma sehingga terpaksa menghadiri sesi kaunseling.

AGC bantah permohonan bekas isteri SM Faisal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
AGC membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas isteri SM Faisal berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memulakan prosiding komital terhadapnya.

'Tiada filem lagi selepas ini' - Laudya Cynthia Bella umum bersara dunia seni
Laudya memaklumkan dia sudah lama merancang untuk bersara daripada dunia seni.