MALAYSIA
Bekas jurulatih sukan rugi lebih RM800,000 diperdaya 'phone scam'

Mangsa dihubungi suspek menyamar sebagai pegawai polis, memaklumkan mangsa disenarai hitam kerana terlibat kes penyebaran maklumat palsu dan pengubahan wang haram. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang bekas jurulatih sukan di Pulau Pinang kerugian RM838,328 selepas terperdaya sindiket penipuan "phone scam", bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 75 tahun kerugian RM838,328 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta penyebaran maklumat palsu.
- Suspek memperdaya mangsa untuk menyerahkan maklumat akaun dan kad bank, yang kemudian digunakan untuk memindahkan wang ke akaun tidak diketahui; mangsa membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan wang.
- Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi atau perbankan.
"Pada 11 Ogos, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad bank dengan meninggalkan sampul surat berisi kad itu berhampiran pos pengawal kawasan perumahannya atas alasan untuk siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini semalam, selepas mendapati semua wang di dalam akaun simpanan itu dipindahkan ke akaun tidak diketahui.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Azizee menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan panggilan telefon yang meminta maklumat peribadi atau butiran perbankan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami