awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurutera JKR sekali lagi didakwa minta suapan bagi projek penyelenggaraan cerun

Bernama
Bernama
07/04/2023
14:35 MYT
Bekas jurutera JKR sekali lagi didakwa minta suapan bagi projek penyelenggaraan cerun
Izwan Mashuri, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan dengan mencadangkan sebuah syarikat perunding dilantik sebagai sub perunding kontrak projek penyelenggaraan cerun.
Izwan Mashuri, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, Izwan meminta untuknya dirinya suapan iaitu 40 peratus daripada keuntungan hasil kerja mereka bentuk cerun bagi Pintas Utama Sdn Bhd daripada pemilik syarikat perunding.
Ia sebagai upah untuk diri tertuduh mencadangkan kepada Pintas Utama bagi melantik syarikat perunding tersebut sebagai sub perunding kontrak projek penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Semenanjung melalui kontrak jangka masa panjang mulai tahun 2017.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah gerai makan Jalan Berjasa di sini, sekitar November 2020, mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
MAHKAMAH-RASUAH 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Suzana membenarkan tertuduh mengguna pakai wang jaminan sebelum ini iaitu RM53,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai dan menetapkan sebutan kes pada 23 Mei ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam Faida Mohd Rashidee.
Pada 17 Feb lepas, Izwan didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini atas 11 pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan menipu serta menerima suapan membabitkan jumlah keseluruhan RM131,600.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas jurutera JKR
#didakwa
#Izwan Mashuri
#projek penyelenggaraan cerun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan