awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas kakitangan kerajaan dan kenalan didakwa seludup warga Indonesia

Bernama
Bernama
20/09/2021
23:06 MYT
Bekas kakitangan kerajaan dan kenalan didakwa seludup warga Indonesia
Mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah berhubung jaminan dan menetapkan 14 Okt untuk sebutan semula kes.
KUALA LUMPUR: Bekas kakitangan kerajaan berstatus kontrak dan seorang kenalan wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup tujuh warga Indonesia.
Jafperi Noor, 54, dan Rohani, 49, warga Indonesia masing-masing mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mereka didakwa bersama-sama telah menjalankan penyeludupan migran terhadap enam lelaki dan seorang wanita kesemuanya berumur antara 24 hingga 51 tahun, di sebuah kuarters penjawat awam di Jalan Kasturi P17 (Jalan P17), Presint 17 di Putrajaya pada 10.15 malam, 22 Jun lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, yang boleh dihukum di bawah akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Nor' Amalina Ismail tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh, kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Peguam Farhan Maarof yang mewakili Jafperi memohon jaminan atas alasan tertuduh telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
"Anak guam saya kini pengusaha kedai runcit di Kelantan dan merupakan bapa kepada empat anak berusia 19 hingga 29 tahun. Anak guam saya juga tidak akan mengganggu mana-mana saksi di dalam kes ini," kata peguam itu.
Sementara itu, peguam K. Vijeyini yang mewakili Rohani, tidak membuat sebarang permohonan berhubung jaminan.
Mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah berhubung jaminan dan menetapkan 14 Okt untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup migran
#warga Indonesia
#bekas kakitangan kerajaan
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan